Sunday, November 25, 2012

Sutun! Ohmaigucci!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sutun? Natang ape ni? Tak tahu? Sutun ni kira adik beradik squidward jugak lah. Kalau dh bahalol jugak tak tahu pergi google sne. So, kali ni aku malas nk ckp pasal cintan cintun cintin ni. Bosan kan asyik ckp benda ni je. Disebabkan aku puasa hari ni. Nafsu aku terhadap mknn agak memberangsangkan. Semua mknn terbayang dlm kotak fikiran aku. Paling tak tahan tu mcm mne tah bole teringin nk mkn sotong celup tepung. Dan memang aku 'tahu' pun msk benda ni kan?!!!! Menyesal tak berguru dgn nyah nyah kuala perlis yg sgt pro dlm bab2 sotong ni. Tp aku ade alternatif lain. Mr. google kan ade! Setelah bertungkus lumus di dapur selama 10 jam akhirnya dpt juga buat sotong celup tepung ni. Tadaaa!

*terima kasih colgate for the free mangkuk :)

Senang je nk buat sotong celup tepung ni. Tp dlm senang ni lah org selalu silap. Silap guna tepung! So jd lah sotong celup simen. Keras! 

So here, I give you a recipe on how to make sotong celup tepung!

Bahan-bahan yg diperlukan:

1. Tepung gandum (ikut sotong lah. Klu rse nk buat utk org boroi mkn guna lah satu paket)

2. Baking powder (letak sikit je. Klu byk nanti takut jd moist cake pulak -,-)

3. Serbuk lada (klu mmg jenis yg tahan pedas tu boleh letak 5 senduk. Cepat sikit berlaku proses penyahtinjaan)

4. Telur ayam (jangan guna telur itik atau sebagainya. Takut terlebih sedap pulak)

5. Garam (ikut sedap tekak kau je lah nak letak berapa. Klu teringin nak ade penyakit darah tinggi boleh la guna sepaket)

6. Sotong! (klu boleh pilih lah yg fresh. Baru sedap sikit nk menelannya)

Cara-caranya:

1. Basuh sotong. Tak kan benda ni pun nk kne bg tahu kot. Lepas dh basuh tu potong kecil2. Jgn pegi celup tepung seekor terus. Ingat yer anak2 ibu pesan ni. Pastu toskan dia bg kering air.

2. Then, gaulkan sotong dengan garam dan juga lada bagi sebati.

3. Kemudian pecahkan telur dan timbuk sehingga menjadi kuning. Tak tahu la plak kan klu ade yg timbuk sampai jd biru kan. Selepas tu masukkan sotong td dlm telur yg telah ditimbuk dan gaul sehingga rasa mengantuk. Tinggalkan sebentar.

4. Mixkan/gaulkan tepung gandum dan juga baking powder sambil berjoget-joget seperti M.Daud Kilau. Ewahh!

5. Then you put the sotong yg gaul dgn telur tu dlm tepung lah. Kalau nk spicy sikit letak serbuk kari sikit lah. Cewahh dh mcm chef wan kau nyah.

6. Lastly, panaskan minyak diesel dan goreng sehingga hangus dan hitam legam. And sotong celup tepung siap dihidangkan.

p/s: kalau korang masak tak sedap jangan salahkan aku. Haruslah terima hakikat bahawa korang tidak mempunyai bakat dlm memasak!

.................................................................................

Sebenarnye bukan sotong celup tepung je aku teringin nk mkn harini. Tp teringin nk mkn nasi lemak yg betul2 berlemak, bukan yg mcm jual dkt tepi jln pagi2 tu. Tp tak boleh lah nk share resepi dia dekat sini. Resepi tu mahal turun temurun dr nenek moyang belah mak gua. So, klu nak kne lah tunggu buku resepi keluaran aku yg bakal berada dipasaran 10 tahun akn datang. Sekian, Terima Kasih!


Diyana Ariff





Friday, November 16, 2012

Surat Buat Future Husband (Zauj).

Assalamu'alaikum w.b.t.

Kehadapan Siew Ling. Eh tak boleh kehadapan nti langgar dinding pasal rumah dia kecil. Siew Ling kebelakang sikit! Hah bru betul. *lawak ke der. Tetiba je kan teringat lawak ni.

Entah dtg dari mananye ribut taufan tiba2 je rse nk menulis surat yg tidak bersetem dan beralamat ini. Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada awak kerana sudah sekian lamanya saya meminjam rusuk kiri awak. Sudikah awak memberi peluang kepada saya untuk terus meminjam rusuk ini? Saya tahu sy masih tidak layak untuk berhadapan dgn awk. Banyak perkara di dalam diri sy yg tidak sempurna. Hari demi hari saya cuba untuk perbaiki diri saya. Dan sy berharap awk juga melakukan perkara yg sama.

"Biarlah aku sembunyikan hati kecilku ini untuk si dia yang halal buatku. And I hope, he will bring me straight to Jannah"

Bakal imamku, bukan paras rupa yang menjadi ukuran dalam percintaan. Bukan harta kekayaan yang menjadi gadaian untuk berkasih sayang. Bukan pangkat dan darjat yang dapat menciptakan kebahagiaan. Apa yg sy inginkan seorang suami yg mampu memegang tangan sy dengan erat utk menuju ke syurga Allah. Menyambut dikala sy terjatuh. Menegur dikala sy terpesong. Memimpin dikala sy lemah.

Awak, sy bukanlah seorang wanita yg solehah dan bukanlah bakal isteri yg terbaik untuk awak. Saban hari sy cuba untuk memperbaiki diri sy kearah yg lebih baik. Kadang kala sy terleka dengan kenikmatan dan hiburan di dunia sehinggakan sy lalai dlm melaksanakan apa yg patut sy lakukan. Saya berharap andai suatu saat nanti awak dpt membimbing sy dan dpt menegur segala kesilapan sy. Dan sy berharap awk dapat menerima segala kekurangan yg ade dlm diri sy.

To my future Zauj, sekali lagi sy ingin memohon maaf diatas ketidaksempurnaan diri ini. Berjuta kemaafan andai diri ini bukanlah seperti yg awak bayangkan, andai diri ini bukanlah seperti yg awak impikan, andai diri ini bukanlah seperti yg awak harapkan, andai diri ini bukanlah seperti yg awak inginkan. Andai takdir menentukan awak untuk bertemu dengan sy suatu hari nanti. Biarlah pertemuan itu secara yg halal, biarlah pertemuan itu mencipta sebuah kebahagiaan dalam diri ini, biarlah pertemuan itu bernoktahkan dgn perkahwinan.

Dikejauhan ini, hanya mampu sy titipkan doa ikhlas dr hati agar Allah sentiasa memberi pelindungan dan sentiasa merahmati hidup awk, diberikan kesihatan dan rezeki yg secukupnya. Banyak lagi rasa hati yg ingin diluahkan, tapi biarlah rasa hati yg selebihnya ini akan kekal tersemat didlm sanubari.

"Saya tidak mampu berjanji untuk sebuah kesempurnaan, Saya hanya mampu berjanji untuk sebuah keikhlasan. Ikhlas mencintai dan menyayangimu kerana Allah"

Ikhlas daripada,
Nur Ainaa Diyana
16/11/12 - 10:53PM






Wednesday, November 14, 2012

Sakitnya Bila Jatuh

Assalamu'alaikum w.b.t

Sakit kan bila jatuh dr basikal, jatuh tangga, jatuh longkang, jatuh dlm loji kumbahan yg sgt harum lg indah dan permai, jatuh dr pokok kelapa, jatuh dr katil *mimpi byk sgt ni, jatuh kerusi, jatuh terpijak kulit pisang yg org buang merata, jatuh depan org ramai *yg ni tak sakit tp malu!, jatuh tertungging dlm bilik mandi, jatuh masa lumba lari 400metre lg sikit nk sampai tertungging tertomoih semua org gelak! sakit kot, jatuh gaung mse pegi rombongan sekolah ke cameron highland *yg ni tak sakit, mampos terus! dan bermacam-macam jatuh lg lah. nk ckp semua jenis jatuh sampai ke tua pun tak habis.

Tp kan sakit disebabkan jatuh2 ni semua tak dpt nk kalahkan mcm mne sakitnya bila dh jatuh cinta. Bak kata Justin bibior dgn Salina Saibi Selena Gomez lah! bhse org putihnye 'Falling in Love'. Siapa ckp bila jatuh cinta ni indah. Mai habaq sat kat ceq! Tak semua cinta itu indah. Kalau semuanye indah takde la org bunuh diri. Naik penang bridge berdiri atas penghadang tepi jln tu depa tangan konon mcm dlm cerita titanic pastu tengok bwh seram sejuk tak jadi nk terjun balik rumah bkk peti sejuk minum air ribena masuk bilik tidur bwh ketiak mak. Anak mak rupanye :3 Lg satu kes pulak sanggup panjat banggunan tinggi2. Konon nk terjun lah tp tak terjun2 pun. Nak tunggu jgk bomba dtg nk selamatkan kau. Bajet artis seronok bila keluar muka dlm newspaper front page lg tu terpampang muka kau yg tgh berlagak mcm superman yg pakai spender dkt luar tu konon boleh terbang lah. Inilah manusia. Bila nafsu mengatasi akal fikiran semua benda buat tanpa berfikir panjang.

Aku pun pernah falling in love. Sebab tu aku tahu mcm mne rasanye sakit bila jatuh cinta. Indah khabar dr rupa. Ingat semuanye indah bila bercinta tp hampeh! Sakit tu masih terasa sampai skrg. Hati aku ni dh mcm kaca yg terhempas dr gunung everest. Berkecai dan tak boleh nk dicantumkan balik. Sakit mcm mne digilis lori trailer pun tak seteruk rse sakitnye hati aku ni. 'Biar masa yg menyembuhkan luka' menangis pun tak berguna. Tp sekurang-kurangnye aku ade pengalaman. Walaupun pengalaman ni menyakitkan. 

Bila semuanye terjadi baru aku sedar yg Allah telah hadiahkan aku sekeping hati yg sgt kuat. Masih mampu bertahan walaupun dh bertahun2 benda ni terjadi. Kenangan mmg susah nk dilupakan tp sekurang-kurang nye aku dpt terima kenyataan. That's the reason kenapa aku malas nk fikir pasal cintan cintun cintin ni. Buang masa dengan nk bljr lg. Biarlah org nk ckp aku ni tak laku ke, aku ni memilih ke, aku ni cerewet ke. Kesah plak aku. Ape yg penting skrg ni aku nk kejar cita2 aku yg setinggi gunung kinabalu tu. Aku percaya jodoh yg Allah telah tetapkan. 'Kalau bukan jodoh kita di dunia, insyaAllah jodoh kita sedang menunggu kita di pintu syurga'.

Bila ckp soal jodoh. Spe yg tak nak pasangan yg baik, bertanggungjawab and penyayang kan. Semua org nak kan. So yeah, aku akan sentiasa menunggu seseorang yg dpt cantum kembali hati aku yg dh berkecai ni. Tak kisah la dia nk cantum balik guna gam gajah ke, gam uhu ke. Janji hati aku ni dapat dipulihkan. Awak walaupun saya tak tahu awak siapa. Saya harap sgt awak sentiasa sihat dan sentiasa berada di bawah perlindungan Yang Maha Esa. Dan sy nk awk tahu yg awak sentiasa ade disetiap doa saya.

"Kenapa Allah ambil sesuatu yang berada didalam genggaman saya? Sebab Allah nak saya buka tangan saya untuk menerima sesuatu yang lebih baik"

Friday, November 9, 2012

Dup Dap Dup Dap!

Assalamu'alaikum w.b.t

Dari sudut kecil bahagian2 di dlm otak mula terfikirkan sesuatu. Sesuatu yg boleh membuatkan org gembira. Sesuatu yg boleh membuatkan org teruja. Sesuatu yg boleh membuatkan org menangis. Sesuatu yg boleh membuatkan org kecewa. Otak mula berfikir ape yg bakal terjadi. Adakah yg bakal terjadi itu akan memberi kegembiraan ataupun kesedihan. Otak mula berfikir lg. Kalau yg terjadi itu mengecewakan. Bagaimana harusku meneruskan perjalanan hidup yg akan dtg. Tompokan kecil di bahagian otak mula membesar membesar dan terus membesar. Otak sudah tidak mampu menanggung beban pemikiran yg terlalu besar ini.

Otak mula memberi isyarat. Otot otot badan termasuk jantung sudahpun menerima isyarat dr otak. Kaki mula sejuk mengalahkah kesejukan iceberg. Jantung! Dup Dap Dup Dap! Bagaikan nk tercabut. Menerima isyarat dr otak bagaikan menerima sesuatu beban yg tidak mampu ditanggung. Dan aku mula tefikir ape yg sedang aku merepek ni. Stop it laa diyana! haha. Ayat tak nak kalah budak ni!

Actually kan, aku dh dijangkiti virus 'takut'. Aku pun tak sure penyakit ape ni. Sbb aku rse student UiTM yg lain pun mengalami masalah yg sme dgn aku bila musim2 result nk keluar. So, hari ni bangun pagi2. Gosok gosok mata. Jenggggg! Serperaihhhh! hari ni result keluar la. Terus rasa nk pitam. Getaq lutut teruihhh baq hang. Rse mcm nk tarik selimut tidur balik then esok baru bangun. Kenapa tah perasaan takut mesti ade padahal pernah je sebelum ni hadap semua ni.

Dgn lafaz Bismillahirrahmanirrahim aku dh bersedia utk menghadapi ape2 pun result yg diberi. Dup Dap Dup Dap! Makin laju jantung berdegup. Nervous! Nervous! At last, syukur alhamdulillah Ya Allah. Masih diberi peluang utk merasa Dean list again. Setakat 3 sem ni. Result kali ni mmg buat aku nangis. Aku tak pernah jangka dpt result mcm ni. Tp yg paling mengembirakan aku bila sebaris senyuman terukir di bibir Mak dan ayah. Ucapan tahniah dr diorg sudah cukup utk membuatkan aku gembira. Masa cium tangan mak dgn ayah. Aku rasa sebak sangat sbb aku tahu diorg sentiasa doakan kejayaan aku. Thanks Mom and Dad. Along akan sentiasa buat yg terbaik utk mak dgn ayah :')

Wednesday, November 7, 2012

Doctor-not-to-be !

Assalamu'alaikum w.b.t


I'm a doctor-not-to-be. Not-to-be! Bkn to-be! fullstop!
*Btw boleh tahan juga abg doktor dkt atas tu. Hikhik :3 (cakap dlm hati)

Eh knpe mesti doktor? knpe tak peramugari ke? cikgu ke? kenapa? kenapa? hmmm. Actually dlu mse tecik tecik my ambition is nk jd doktor. Bkn doktor biasa je. Doktor bedah baq hang! Tp tu semua angan2 mse kecil je. Dulu igt senang nk jd doktor. Just belajar pandai2 then kau sambung belajar bole jd doktor. Senang! Tp hakikatnya bila dh masuk secondary school bljr smua science bio chemis fizik bagai tu. Mmg ak surrender lah. Takde harapan nk jd doktor. Aku mmg tak minat dgn subjek2 ni semua. Lagi pun kan...dekat sikit nak bisik ni janji jgn bagi tahu spe2. Sebenarnya eden ni takut darah! Alkisahnya punah lah harapan berkecai  lah impian. Klu dh takut darah mmg kau tak layak la nk jd doktor wahai si cantik manis lagi comel Diyana Ariff oii *ok tolong muntah sekarang* haha. 

Alah wat lek wat cool sudah. Aku tak kisah pun klu aku tak dpt jd doktor. Lg pun kesian la nti pesakit aku dpt doktor comel tp hampeh penakut darah. So now, aku lupakan niat ak nk jd doktor and aku cari bidang yg sesuai dgn level aku skrg ni. Disebabkan aku terlalu la minat n sudah pun jatuh cinta dgn Mr.Calculation aku decide utk pilih course banking. Alhamdulillah aku skrg dh nk msuk sem 4 sbg seorg student diploma in banking di UiTM Araustralia, Pertlishh yg indah lg permai tu. *tp panas sikit. Hihi :3

Bank Negara one day! *alah hang tak payah nk perasan sgt la cik diyana oii. Aku tahu mesti ade yg ckp mcm ni. Tp rezeki yg Allah nk bg kita tak tahu kan. Klu dapat alhamdulillah mmg aku bersyukur sgt. Tp klu tak dpt mungkin rezeki aku dkt tempat lain. Mungkin rezeki yg Allah nk bg ni lebih baik. Kita tak tahu kan. Tp aku tak pernah putus berdoa agar jalan hidup aku ni dipermudahkan. Tak jd doktor pun tak pe asalkan dpt suami doktor pun jadilah. *again, berangan!  So yeah! my life now is all about the money! money sana. money sini. Bersepah sepah money. *ok. tipu je! Sejak belajar banking ni aku dh jadi mata duitan. Asyik fikir business je. Business. Business dan Business. Kalau korg tengok mata aku dlm2. Mesti nmpak natang ni $$. 

*hah. mcm ni lah sebijik. mohon abaikan warna mata tu. 



Sunday, October 28, 2012

She's an ordinary person :)

Assalamu'alaikum w.b.t.

*Tengok tangan. Dh mcm nk bernasyid pulok. 


I'm perfectly imperfect. My heart is like an open book, it depends on how u read me. Don't judge me by my cover. Look in and discover.

..............................................................................

Name: Nur Ainaa Diyana Bt Ahmad Dziauddin Ariff
DOB: 4th October 1993 
Age: 19 y/o (2012) *ok dh tua. kbai!
Gender: Perempuan la. Mung tak nmpak ke molek je pakai tudung tu hah.
Weight: 50kg *Penimbang rosak. Aku tak percaya!
Height: 164cm *bak kata atok dh bole jd stewardess. Aumm!
Status: Bakal menjadi seorang isteri yg solehah. Cewahhh kelass kau :3
Study: UiTM Arautralia, Perthlish. #teringinjuganakbelajardekatoversea
Course: Diploma in Banking *bank negara one day! insyaAllah tak mustahil :)


Thursday, October 25, 2012

Hati Menangis.

Assalamualaikum w.b.t.

Mungkin orang ckp menangis ni dpt sembuhkan luka dihati kita. Tp bg aku tak! Aku tak mampu menangis. Aku seorang perempuan yg susah nak menangis. Semuanya ak lepaskan pd hati. Hati aku yg menangis sebenarnya sbb mata aku tak mampu nk mengeluarkan air mata. Semuanya bergantung pd hati. Banyak benda yg aku simpan dlm hati. Luahkan pada org lain bkn cara aku. Aku suka pendam perasaan aku sendiri. Kadang ak malu dgn diri ak sendiri. Kenapa aku tak mampu nk selesaikn masalah aku sendiri. Kenapa aku mesti berlindung disebalik bayang bayang aku sendiri. Hidup bertopengkan kegembiraan. Tp hakikatnya aku tak gembira. Aku sedih!


Aku pelik sebenarnya. Bila kita senang sikit kenapa mesti ade org yg tak puas hati. Betul la org ckp tak semua org yg kita kenal boleh terima kita. Paling tak pun mesti ade someone yg tak puas hati dgn kita. Haters! Dan aku tak suka org melawak kasar dgn aku. Bg dia mungkin kelakar. Tp bg aku dh mcm menghina tahu. Aku diam n pendam je ape yg kau ckp. Aku tak amik kisah pun. Lg satu kau suka suruh buat ape yg aku tak suka. Tolong la paham sikit klu aku tak suka buat benda tu jgn paksa aku. Aku tak reti nk tegur kau. Aku taknak kau kecil hati. Aku jaga hati dan perasaan kau. Tp last2 hati aku ni takde spe nk jaga!



Hati dan perasaan. Aku rasa aku tak layak nk ckp soal cinta. Aku hanya berserah pada Allah. Biar Dia yg tentukan segalanya. Buat ape aku nk cari klu yg di cari tu sekadar hadir utk menyakitkan hati aku. Aku rse hati aku dh cukup terluka. Aku dh taknak terlibat lg dh dgn cinta yg tidak bernoktahkan dgn perkahwinan. Buang masa. Biarlah skrg ni aku tumpukan pd pelajaran aku drpd aku terus hanyut dan lalai dgn cinta monyet yg tiada penyudahnya. 

........................

Aku perlukan seseorang utk aku mengadu. Pada kawan? Pada mak dgn ayah? Aku rasa tak perlu. Aku taknak diorang terlibat dgn masalah aku. Aku taknak diorg terbeban. Biarlah ak sorg je yg tanggung semua masalah ak ni. Pada Allah sahaja aku mampu bergantung harapan. Biar Dia yg mengatur kehidupan aku. Mungkin setiap yg terjadi pd diri aku ni ade hikmahnya. Aku berharap rahsia ini akan tersimpan kemas di dlm diari hati aku sampai bila-bila. Dan aku akan terus tersenyum sbb aku tahu aku kuat dan tabah!

:')


Wednesday, October 17, 2012

Saya Rindu Awak Semua :'(

Assalamualaikum w.b.t.

Oh mai, awak awak dan awak. Rindunya dkt awk semua. Serious ckp ak sgt2 rindu dkt korang. Klu boleh undur mse ak taknak berpisah dgn korg. Sedihkn dulu kita berlapan. Tp skrg dh tinggal berlima :'( Ak rindu sgt suasana mcm dlu. Pagi2 pergi kelas sama2 balik sama2 mkn sama2 jalan sama2 semua sama2. Rindu sgt2. Mmg kita semua tak bergaduh n kwn mcm biasa. Tp ak nk sgt kita semua rapat mcm dlu. Ak nk sgt kita happy go lucky mcm dlu balik. Tp tu lah kn semua dh berlalu mmg tak bole nk U turn balik. Ak nk korg tahu yg ak bersyukur sgt2 dpt kenal dgn korg wlaupun tak lama. Ak dh anggap korg mcm family ak. Susah senang kita kongsi sama2 kn. Sampai skrg ak tak tahu ape punca kita dh tak rapat mcm dlu. kenapa yer? Ak nk sgt tahu knpe. Korg, ape2 pun ak akan sentiasa doakan kejayaan korg. Ak nk semua kwn2 ak berjaya bila kluar U nanti n ak harap sgt kita semua grad nti as a 1st class student. Ak tahu korg mampu buat yg terbaik kn. So girls, even kita dh tak rapat mcm dlu. Ak harap hubungan kita semua sbg kwn takkan pernah putus n kekal sampai bila2. Amin. Miss all of you!! Salam syg Diyana Ariff.


*ak mmg susah nk nangis. Tp korg dh buat ak nangis. Pujuk cepat!!!