Friday, November 9, 2012

Dup Dap Dup Dap!

Assalamu'alaikum w.b.t

Dari sudut kecil bahagian2 di dlm otak mula terfikirkan sesuatu. Sesuatu yg boleh membuatkan org gembira. Sesuatu yg boleh membuatkan org teruja. Sesuatu yg boleh membuatkan org menangis. Sesuatu yg boleh membuatkan org kecewa. Otak mula berfikir ape yg bakal terjadi. Adakah yg bakal terjadi itu akan memberi kegembiraan ataupun kesedihan. Otak mula berfikir lg. Kalau yg terjadi itu mengecewakan. Bagaimana harusku meneruskan perjalanan hidup yg akan dtg. Tompokan kecil di bahagian otak mula membesar membesar dan terus membesar. Otak sudah tidak mampu menanggung beban pemikiran yg terlalu besar ini.

Otak mula memberi isyarat. Otot otot badan termasuk jantung sudahpun menerima isyarat dr otak. Kaki mula sejuk mengalahkah kesejukan iceberg. Jantung! Dup Dap Dup Dap! Bagaikan nk tercabut. Menerima isyarat dr otak bagaikan menerima sesuatu beban yg tidak mampu ditanggung. Dan aku mula tefikir ape yg sedang aku merepek ni. Stop it laa diyana! haha. Ayat tak nak kalah budak ni!

Actually kan, aku dh dijangkiti virus 'takut'. Aku pun tak sure penyakit ape ni. Sbb aku rse student UiTM yg lain pun mengalami masalah yg sme dgn aku bila musim2 result nk keluar. So, hari ni bangun pagi2. Gosok gosok mata. Jenggggg! Serperaihhhh! hari ni result keluar la. Terus rasa nk pitam. Getaq lutut teruihhh baq hang. Rse mcm nk tarik selimut tidur balik then esok baru bangun. Kenapa tah perasaan takut mesti ade padahal pernah je sebelum ni hadap semua ni.

Dgn lafaz Bismillahirrahmanirrahim aku dh bersedia utk menghadapi ape2 pun result yg diberi. Dup Dap Dup Dap! Makin laju jantung berdegup. Nervous! Nervous! At last, syukur alhamdulillah Ya Allah. Masih diberi peluang utk merasa Dean list again. Setakat 3 sem ni. Result kali ni mmg buat aku nangis. Aku tak pernah jangka dpt result mcm ni. Tp yg paling mengembirakan aku bila sebaris senyuman terukir di bibir Mak dan ayah. Ucapan tahniah dr diorg sudah cukup utk membuatkan aku gembira. Masa cium tangan mak dgn ayah. Aku rasa sebak sangat sbb aku tahu diorg sentiasa doakan kejayaan aku. Thanks Mom and Dad. Along akan sentiasa buat yg terbaik utk mak dgn ayah :')

No comments:

Post a Comment