Thursday, October 25, 2012

Hati Menangis.

Assalamualaikum w.b.t.

Mungkin orang ckp menangis ni dpt sembuhkan luka dihati kita. Tp bg aku tak! Aku tak mampu menangis. Aku seorang perempuan yg susah nak menangis. Semuanya ak lepaskan pd hati. Hati aku yg menangis sebenarnya sbb mata aku tak mampu nk mengeluarkan air mata. Semuanya bergantung pd hati. Banyak benda yg aku simpan dlm hati. Luahkan pada org lain bkn cara aku. Aku suka pendam perasaan aku sendiri. Kadang ak malu dgn diri ak sendiri. Kenapa aku tak mampu nk selesaikn masalah aku sendiri. Kenapa aku mesti berlindung disebalik bayang bayang aku sendiri. Hidup bertopengkan kegembiraan. Tp hakikatnya aku tak gembira. Aku sedih!


Aku pelik sebenarnya. Bila kita senang sikit kenapa mesti ade org yg tak puas hati. Betul la org ckp tak semua org yg kita kenal boleh terima kita. Paling tak pun mesti ade someone yg tak puas hati dgn kita. Haters! Dan aku tak suka org melawak kasar dgn aku. Bg dia mungkin kelakar. Tp bg aku dh mcm menghina tahu. Aku diam n pendam je ape yg kau ckp. Aku tak amik kisah pun. Lg satu kau suka suruh buat ape yg aku tak suka. Tolong la paham sikit klu aku tak suka buat benda tu jgn paksa aku. Aku tak reti nk tegur kau. Aku taknak kau kecil hati. Aku jaga hati dan perasaan kau. Tp last2 hati aku ni takde spe nk jaga!



Hati dan perasaan. Aku rasa aku tak layak nk ckp soal cinta. Aku hanya berserah pada Allah. Biar Dia yg tentukan segalanya. Buat ape aku nk cari klu yg di cari tu sekadar hadir utk menyakitkan hati aku. Aku rse hati aku dh cukup terluka. Aku dh taknak terlibat lg dh dgn cinta yg tidak bernoktahkan dgn perkahwinan. Buang masa. Biarlah skrg ni aku tumpukan pd pelajaran aku drpd aku terus hanyut dan lalai dgn cinta monyet yg tiada penyudahnya. 

........................

Aku perlukan seseorang utk aku mengadu. Pada kawan? Pada mak dgn ayah? Aku rasa tak perlu. Aku taknak diorang terlibat dgn masalah aku. Aku taknak diorg terbeban. Biarlah ak sorg je yg tanggung semua masalah ak ni. Pada Allah sahaja aku mampu bergantung harapan. Biar Dia yg mengatur kehidupan aku. Mungkin setiap yg terjadi pd diri aku ni ade hikmahnya. Aku berharap rahsia ini akan tersimpan kemas di dlm diari hati aku sampai bila-bila. Dan aku akan terus tersenyum sbb aku tahu aku kuat dan tabah!

:')


No comments:

Post a Comment