Sunday, November 25, 2012

Sutun! Ohmaigucci!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sutun? Natang ape ni? Tak tahu? Sutun ni kira adik beradik squidward jugak lah. Kalau dh bahalol jugak tak tahu pergi google sne. So, kali ni aku malas nk ckp pasal cintan cintun cintin ni. Bosan kan asyik ckp benda ni je. Disebabkan aku puasa hari ni. Nafsu aku terhadap mknn agak memberangsangkan. Semua mknn terbayang dlm kotak fikiran aku. Paling tak tahan tu mcm mne tah bole teringin nk mkn sotong celup tepung. Dan memang aku 'tahu' pun msk benda ni kan?!!!! Menyesal tak berguru dgn nyah nyah kuala perlis yg sgt pro dlm bab2 sotong ni. Tp aku ade alternatif lain. Mr. google kan ade! Setelah bertungkus lumus di dapur selama 10 jam akhirnya dpt juga buat sotong celup tepung ni. Tadaaa!

*terima kasih colgate for the free mangkuk :)

Senang je nk buat sotong celup tepung ni. Tp dlm senang ni lah org selalu silap. Silap guna tepung! So jd lah sotong celup simen. Keras! 

So here, I give you a recipe on how to make sotong celup tepung!

Bahan-bahan yg diperlukan:

1. Tepung gandum (ikut sotong lah. Klu rse nk buat utk org boroi mkn guna lah satu paket)

2. Baking powder (letak sikit je. Klu byk nanti takut jd moist cake pulak -,-)

3. Serbuk lada (klu mmg jenis yg tahan pedas tu boleh letak 5 senduk. Cepat sikit berlaku proses penyahtinjaan)

4. Telur ayam (jangan guna telur itik atau sebagainya. Takut terlebih sedap pulak)

5. Garam (ikut sedap tekak kau je lah nak letak berapa. Klu teringin nak ade penyakit darah tinggi boleh la guna sepaket)

6. Sotong! (klu boleh pilih lah yg fresh. Baru sedap sikit nk menelannya)

Cara-caranya:

1. Basuh sotong. Tak kan benda ni pun nk kne bg tahu kot. Lepas dh basuh tu potong kecil2. Jgn pegi celup tepung seekor terus. Ingat yer anak2 ibu pesan ni. Pastu toskan dia bg kering air.

2. Then, gaulkan sotong dengan garam dan juga lada bagi sebati.

3. Kemudian pecahkan telur dan timbuk sehingga menjadi kuning. Tak tahu la plak kan klu ade yg timbuk sampai jd biru kan. Selepas tu masukkan sotong td dlm telur yg telah ditimbuk dan gaul sehingga rasa mengantuk. Tinggalkan sebentar.

4. Mixkan/gaulkan tepung gandum dan juga baking powder sambil berjoget-joget seperti M.Daud Kilau. Ewahh!

5. Then you put the sotong yg gaul dgn telur tu dlm tepung lah. Kalau nk spicy sikit letak serbuk kari sikit lah. Cewahh dh mcm chef wan kau nyah.

6. Lastly, panaskan minyak diesel dan goreng sehingga hangus dan hitam legam. And sotong celup tepung siap dihidangkan.

p/s: kalau korang masak tak sedap jangan salahkan aku. Haruslah terima hakikat bahawa korang tidak mempunyai bakat dlm memasak!

.................................................................................

Sebenarnye bukan sotong celup tepung je aku teringin nk mkn harini. Tp teringin nk mkn nasi lemak yg betul2 berlemak, bukan yg mcm jual dkt tepi jln pagi2 tu. Tp tak boleh lah nk share resepi dia dekat sini. Resepi tu mahal turun temurun dr nenek moyang belah mak gua. So, klu nak kne lah tunggu buku resepi keluaran aku yg bakal berada dipasaran 10 tahun akn datang. Sekian, Terima Kasih!


Diyana Ariff





No comments:

Post a Comment