Friday, November 16, 2012

Surat Buat Future Husband (Zauj).

Assalamu'alaikum w.b.t.

Kehadapan Siew Ling. Eh tak boleh kehadapan nti langgar dinding pasal rumah dia kecil. Siew Ling kebelakang sikit! Hah bru betul. *lawak ke der. Tetiba je kan teringat lawak ni.

Entah dtg dari mananye ribut taufan tiba2 je rse nk menulis surat yg tidak bersetem dan beralamat ini. Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada awak kerana sudah sekian lamanya saya meminjam rusuk kiri awak. Sudikah awak memberi peluang kepada saya untuk terus meminjam rusuk ini? Saya tahu sy masih tidak layak untuk berhadapan dgn awk. Banyak perkara di dalam diri sy yg tidak sempurna. Hari demi hari saya cuba untuk perbaiki diri saya. Dan sy berharap awk juga melakukan perkara yg sama.

"Biarlah aku sembunyikan hati kecilku ini untuk si dia yang halal buatku. And I hope, he will bring me straight to Jannah"

Bakal imamku, bukan paras rupa yang menjadi ukuran dalam percintaan. Bukan harta kekayaan yang menjadi gadaian untuk berkasih sayang. Bukan pangkat dan darjat yang dapat menciptakan kebahagiaan. Apa yg sy inginkan seorang suami yg mampu memegang tangan sy dengan erat utk menuju ke syurga Allah. Menyambut dikala sy terjatuh. Menegur dikala sy terpesong. Memimpin dikala sy lemah.

Awak, sy bukanlah seorang wanita yg solehah dan bukanlah bakal isteri yg terbaik untuk awak. Saban hari sy cuba untuk memperbaiki diri sy kearah yg lebih baik. Kadang kala sy terleka dengan kenikmatan dan hiburan di dunia sehinggakan sy lalai dlm melaksanakan apa yg patut sy lakukan. Saya berharap andai suatu saat nanti awak dpt membimbing sy dan dpt menegur segala kesilapan sy. Dan sy berharap awk dapat menerima segala kekurangan yg ade dlm diri sy.

To my future Zauj, sekali lagi sy ingin memohon maaf diatas ketidaksempurnaan diri ini. Berjuta kemaafan andai diri ini bukanlah seperti yg awak bayangkan, andai diri ini bukanlah seperti yg awak impikan, andai diri ini bukanlah seperti yg awak harapkan, andai diri ini bukanlah seperti yg awak inginkan. Andai takdir menentukan awak untuk bertemu dengan sy suatu hari nanti. Biarlah pertemuan itu secara yg halal, biarlah pertemuan itu mencipta sebuah kebahagiaan dalam diri ini, biarlah pertemuan itu bernoktahkan dgn perkahwinan.

Dikejauhan ini, hanya mampu sy titipkan doa ikhlas dr hati agar Allah sentiasa memberi pelindungan dan sentiasa merahmati hidup awk, diberikan kesihatan dan rezeki yg secukupnya. Banyak lagi rasa hati yg ingin diluahkan, tapi biarlah rasa hati yg selebihnya ini akan kekal tersemat didlm sanubari.

"Saya tidak mampu berjanji untuk sebuah kesempurnaan, Saya hanya mampu berjanji untuk sebuah keikhlasan. Ikhlas mencintai dan menyayangimu kerana Allah"

Ikhlas daripada,
Nur Ainaa Diyana
16/11/12 - 10:53PM






No comments:

Post a Comment